BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Masalah Rogol: Salah Lelaki atau Wanita?


Dari tajuk entry ini, saya ingin mengajak pembaca semua menilai semula, baik lelaki mahupun wanita supaya mengakaji dan meneliti dari sudut fakta dan pemikiran Islam terhadap isu ini. Rogol dan cabul mempunyai banyak persamaan bahkan tiada beza dari segi dosa yang diterima oleh pelaku perkara haram tersebut. Walaupun saya adalah seorang lelaki dan tidak boleh mengelak dari bias, tetapi secara jujur wanita juga perlu bersikap lebih terbuka dalam menilai isu ini. Saya boleh membuka bukti dan fakta bagaimana rogol bermula dari wanita. Tetapi itu bukan perkara utama yang hendak ditulis di sini. Cuma saya ingin mengajak semua, baik lelaki dan wanita untuk berfikir secara terbuka tentang perkara yang menjebakkan kepada berlakunya rogol.

Ramai wanita yang berfikir secara tidak rasional ketika menilai seorang lelaki. Sebab itulah Islam meletakkan pemikiran Islam sebagai tunjang utama kearah melahirkan seorang yang bijaksana. Bagaimana kita bertindak dan apa yang bakal kita tuturkan perlu berasaskan kepada pemikiran Islam. kenapa pemikiran Islam dan bukan pemikiran lain seperti Sekularisme, Sosialisme dan lain2? Kerana agama yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam, maka pemikiran Islam harus menjadi asas pemikiran umat manusia.

Apabila ramai wanita meletakkan pemikiran Islam sebagai asas menilai lelaki, maka tidak akan timbul masalah ini. Yang menjadi masalahnya ialah mereka berfikir mengikut nafsu dan emosi. Sikap dan tingkah laku mereka langsung menunjukkan mereka tidak berfikir secara Islam.
Lelaki adalah golongan yang sentiasa berfikir tentang seks. Percaya? Manusia yang tergolong sebagai lelaki kebanyakkan berfikir tentang seks apabila melihat seorang wanita. sebab itulah Islam menyuruh wanita menutup aurat. Aurat wanita sebagaimana yang diketahui adalah seluruh tubuh melainkan tapak tangan dan wajah sahaja. Jikalau itupun menjadi penyebab keghairahan lelaki yang melihat, maka harus bagi wanita tersebut untuk menutup wajahnya seperti memakai purdah. Tetapi ramai wanita tidak melihat perkara ini dari sudut pandangan Islam. untuk lebih lanjut anda pembaca harus merujuk fatwa terhadap kewajipan menutup aurat dari buku, pengajar2 yang lain kerana saya takut pembaca menyalah tafsir kenyataan saya. Sementelahan saya bukanlah dari golongan yang hebat agama. Tetapi sekurang2nya kesedaran terhadap agama perlu tinggi.

Faktor lain yang menyebabkan berlaku rogol adalah kerana sikap wanita itu sendiri kerana suka sangat menyerah diri(tubuh). Wanita selalu mudah terpedaya dengan pujukan lelaki biarpun baru mengenalinya sehari dua. Pendidikan agama yang cetek menyebabkan wanita agak mudah berbuat demikian kerana terlalu mengikut emosi dan nafsu.
Dibawah ini kutipan dari akhbar Utusan Online berkenaan isu tersebut yang baru sahaja berlaku di pantai timur:

Pelajar 14 tahun dirogol sembilan lelaki

KUALA TERENGGANU 25 Mac - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sembilan remaja termasuk teman lelaki barunya dalam tempoh dua hari berturut-turut di sebuah bangsal di Felda Nerang 1 di Kemaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di Bandar Chukai, Kemaman membuat pertemuan dengan teman lelakinya itu yang baru dikenali melalui perbualan telefon sejak seminggu lalu.

''Pada hari pertama temu janji mereka iaitu malam kelmarin, mangsa keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan keluarga dan menuju ke rumah rakannya di Taman Impian, Kuantan, Pahang," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa kemudian diambil oleh rakan teman lelakinya itu untuk dibawa ke bangsal berkenaan yang menjadi tempat pertemuan yang dipersetujui mereka berdua.

''Di bangsal berkenaan, mangsa mendakwa teman lelakinya mengajak melakukan hubungan seks tetapi dia menolak. Bagaimanapun teman lelaki bertindak merogol mangsa.

''Enam rakan teman lelakinya yang baru tiba di bangsal berkenaan turut merogol mangsa," ujarnya.

Beliau menambah, teman lelakinya telah meminta mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan sebelum menghantarnya pulang ke rumah rakannya di Taman Impian.


sumber daripada:http://xkuliahuum.blogspot.com/2008/03/masalah-rogol-salah-lelaki-atau-wanita.html